Kebakaran pangsapuri Bronx 2022
Kebakaran pangsapuri Bronx 2022

Kebakaran pangsapuri Bronx 2022

Pada pagi 9 Januari 2022, sebuah kebakaran bangunan tinggi telah menyebabkan kematian 17 orang,[1] termasuk 8 orang budak,[2] di Twin Parks North West, Site 4, bangunan pangsapuri bertingkat tinggi di Bronx, Bandar New York, A.S.[3] Empat puluh empat orang cedera, dan 32 dengan kecederaan parah dihantar ke lima hospital daerah yang berbeza.[4] 15 orang berada dalam keadaan kritikal setakat 10 Januari,[5] 13 daripadanya dikatakan "bertaruh nyawa."[6]Ia merupakan kebakaran kediaman ketiga terburuk di Amerika Syarikat dalam empat dekad,[7] dan kebakaran paling maut di New York City sejak kebakaran kelab malam Happy Land 1990, yang berlaku berhampiran dan meragut 87 nyawa.[8][9] Kebakaran Bronx juga merupakan kebakaran kediaman besar kedua di Timur Laut Amerika Syarikat dalam tempoh seminggu, berlaku empat hari selepas kebakaran di perumahan awam Philadelphia mengakibatkan 12 kematian.[10][11]Penyiasat menentukan bahawa kebakaran itu berpunca daripada pemanas ruang yang rosak terbakar. Asap berkepul-kepul melalui bangunan kerana dua pintu yang menutup sendiri yang tidak berfungsi, menyebabkan kematian di seluruh bangunan. Kebakaran sebahagian besarnya terhad kepada satu apartmen; kesemua mangsa meninggal dunia akibat terhidu asap.[12]